BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 10 June 2011

Al-Fatihah...

Hari ini tanggal 10 Jun 2011, Aku kehilangan seorang lagi sahabat seperjuanganku, Ustaz Mohd Zaki Mukhtar. Selepas hampir 9 bulan beliau menderita sakit yang aku sendiri tak pasti jenis sakitnya, akhirnya Allah memanggil beliau untuk bertemuNya. Allah lebih menyayangi beliau..
Namun aku masih terasa pemergian beliau kerana belum sampai sebulan aku duduk semeja dengan beliau berbual dan bergurau bagai tiada apa yang ditanggung oleh beliau pada ketika itu... namun tiada siapa yang tahu bahawa itu adalah kali terakhir aku berbual dan menatap wajah manisnya... ternyata kehadiran beliau pada majlis hari guru yang diadakan  di Hotel De' Palma Ampang adalah hari beliau untuk mengucapkan selamat tinggal kepada semua...Namun tiada siapa yang tahu perkara itu...semuanya janji Allah.. Allah telah menetapkannya..
Walaupun begitu aku perlu redha dengan ketentuan Ilahi yang Maha Mengetahui... Semoga Allah menempatkan beliau di sisi orang-orang yang beriman dan bertaqwa...
Sesudah kalian membaca coretan ini... sedekahkanlah Al-fatihah untuk rakanku Mohd Zaki Bin Mukhtar uang tak mungkin aku bersua lagi di dunia ini...


Al-Fatihah

Allahyarham Ustaz Mohd Zaki Bin Mukhtar ( Duduk dihadapan sebelah kanan)
.

0 comments: