Friday, 17 June 2011
Tuesday, 14 June 2011
Markah...markah...markah....
Setelah dua minggu sang pendidik melepaskan lelah untuk bercuti bersama keluarga... kita muncul semester baru bersama semangat baru. Tidak kurang juga ada guru-guru yang semakin sibuk melangsaikan kerja-kerja yang tertangguh.
Selepas menjalani musim peperiksaan sebelum cuti... kini masanya untuk memasukkan markah kedalam sistem. SPS (Sistem Pengurusan Sekolah)... Kalau di sekolah ini... bagaikan satu fobia apabila tiba 'musim' memasukan markah.. Bukan tak tahu nak menguruskan sistem, atau mengendalikannya... tapi yang paling mengerikan bila server menjadi 'canteq' sangat... Ye lah bila tiba masa bekerja, talian internet bukan saja digunakan untuk mengisi markah dalam sistem... ade jugak benda-benda lain yang dibuat... ada yang download...ade yang chating...tak lupa jugak ade yang tak habis-habis menonton youtube... 'perencah-perencah' yang macam ni buat server slow... bila dah slow... macam-macam boleh jadi.. ade yang dah key-in separuh...tiba-tiba disconnected.. tu yang rasa macam nak telan je komputer tu... nasib baik kat sekolah... masing2 cover sikap masing2.. walaupun hakikatnya menelan air mata dengan server...
oh ya..jangan lupa alamat ni...
http://www.sps.net.my/alamin/sps/adm
zacx...
Posted by zack at 09:24 0 comments
Friday, 10 June 2011
Al-Fatihah...
Hari ini tanggal 10 Jun 2011, Aku kehilangan seorang lagi sahabat seperjuanganku, Ustaz Mohd Zaki Mukhtar. Selepas hampir 9 bulan beliau menderita sakit yang aku sendiri tak pasti jenis sakitnya, akhirnya Allah memanggil beliau untuk bertemuNya. Allah lebih menyayangi beliau..
Namun aku masih terasa pemergian beliau kerana belum sampai sebulan aku duduk semeja dengan beliau berbual dan bergurau bagai tiada apa yang ditanggung oleh beliau pada ketika itu... namun tiada siapa yang tahu bahawa itu adalah kali terakhir aku berbual dan menatap wajah manisnya... ternyata kehadiran beliau pada majlis hari guru yang diadakan di Hotel De' Palma Ampang adalah hari beliau untuk mengucapkan selamat tinggal kepada semua...Namun tiada siapa yang tahu perkara itu...semuanya janji Allah.. Allah telah menetapkannya..
Walaupun begitu aku perlu redha dengan ketentuan Ilahi yang Maha Mengetahui... Semoga Allah menempatkan beliau di sisi orang-orang yang beriman dan bertaqwa...
Sesudah kalian membaca coretan ini... sedekahkanlah Al-fatihah untuk rakanku Mohd Zaki Bin Mukhtar uang tak mungkin aku bersua lagi di dunia ini...
Al-Fatihah
![]() |
| Allahyarham Ustaz Mohd Zaki Bin Mukhtar ( Duduk dihadapan sebelah kanan) |
Posted by zack at 10:05 0 comments
Wednesday, 8 June 2011
http://www.youtube.com/watch?v=SSsOVTTv8Z4
Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti
Guru, kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu kalahkan bak gunung Everest
Jasamu tidak ternilai harganya
Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu
Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat
Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental
Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan
Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya
Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha
Kau berkaliber dan berhati mulia
Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu
Guru, kau seorang yang bersemangat waja
Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu
Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan
Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai
Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...
Posted by zack at 05:48 0 comments
salaman salaamaa
selamat bertemu kembali kepada rakan2 yang disayangi..
Posted by zack at 04:38 0 comments

